Friday, January 1, 2010

Yokoso (welcome) 2010.

Masih segar dalam ingatankan?...masih baru..masih panas...Semalam Tahun 2009 yang kita tinggalkan dengan penuh perasaan bercampur baur,diceriakan hari ni dengan kehadiran Tahun 2010..Setiap org ada cerita sendiri yang pastinya.Hendak tidak terfikir juga akan sesuatu..SATU SEMANGAT BARU..Maybe...Salam Blog utk aku dan utk Bloggers yang lain..

Aku xada azam baru..Cuma AKU BERHARAP..hubungan aku dgn YG SATU itu lebih sempurna..AKU HARAPKAN kasih sayang dan ketaatan aku kepada ibu-bapa xberkurang sebaliknya bertambah dari sehari ke sehari..AKU HARAPKAN hubungan sesama insan dan kawan2 makin bertambah kukuh sekukuhnya..AKU HARAPKAN org yang menyayangiku sentiasa dipermudahkan dan diredhai selagi hayat mereka..aku doakan hny yg terbaik bagi insan2 ini..juga AKU HARAPKAN aku sentiasa berdiri di atas kakiku sendiri dan aku tetap menjadi aku..bkn sesumpah atau yang sewaktu dengannya..:) Moga harapan aku ini xmenjadi sepi..

Setiap org berbeza.Aku xsuka nak toleh kebelakang dan terkenangkan kenangan..Kerana aku xboleh hidup hanya dgn kenangan2..Tapi aku pasti tertoleh juga kiranya kebuntuan mencari jawapan atas sesuatu..Adakalanya kenangan dan pengalaman adalah Guru terbaik..Maybe..Itu aku akui dan xnafikan..Kalau aku berpaling seketika dan merenung jauh di mana aku?siapa aku? dan manusia bagaimanakah aku? pada Tahun 2009..satu kesimpulannya..Aku xsesat dengan duniaku...klu aku simpulkan semua sekali aku hnya terfikirkan begini.."kenangan indah yg tercipta berjaya meremukan kenangan2 pahit yg dilalui"..xbanyak tapi cukup mengajar erti hidup ini..Pasti semua org sedar hakikat ini..Kejayaan seseorang bkn hnya diukur atas sekeping kertas yg tertera ijazah dan sbgnya..Bagi aku klu tiada nilai2 murni di dalam diri maka kejayaan itu xlengkap..ibarat "Kopi tanpa gula"..Jadi renung2kan..

Masa mula2 aku terfikir nak create blog ni,waktu tu aku tgh goro2(baring2) kat atas tilam usang peneman setia aku kat sini..Tak ada alasan atau sebab spesel knp aku nak menulis..Cuma terfikirkan tentang masa aku yg byk terbuang kebelakangan ini membuatkan aku rasa terpanggil,alangkah baiknya klu apa yg selalu bermain di dlm kotak fikiran aku ketika sedang mandi,ketika dlm train dan dimana2 juga dicoretkan ke alam maya ini..sekurang2nya boleh menjadi reminder kat aku tentang sesuatu yang aku fikirkan..Kata org bila menulis perlu idea,perlukan cerita..Tapi aku bkn nak jadi Novelis atau Penulis Hikayat.Bagi aku cukup kiranya dapat meluahkan isi hati sendiri dan menjadi peneman aku tika kesunyian..sekurang2nya otak aku pun xla culas sangat..Hehehe(sori mr brain)..Ada juga org kata klu dah buat blog kena rajin2 la update supaya xbersarang,agar lipas dan tikus xmain polis sentri.Juga supaya xjadi seperti kubur xbernisan.....insyaallah..pasti ada entry yg menyusul..

Ini post yg pertama walaupun xada idea nak tulis apa tapi cukup kiranya coretan murah ini menggembirakan hati sendiri dan juga sebagai tanda selamat dtg untuk aku ke alama blog ini...

p/s: Rindukan Mama dan Aqil....Di kejauhan ini kita sama2 belajar erti kesabaran..Luv u Mama dan epishet segala pengorbanan Mama selama ini......

Kata2 hari ini.....Sabar sebenarnya tiada batasnya..Jadi sabar la selagi boleh sabar..Renung2kan...

Dewa2.....

0 comments: